Selasa, 26 Januari 2010

kepala babi di'letak' di perkarangan masjid ???

kenapa bertanda soal ???
supaya kita memikirkan jawapannya...
kenapa di letak ???
supaya jadi perhatian...
nak dapatkan perhatian saper ???
1 MALAYSIA...

mari kita fikirkan sejenak...mengapa perkara ini berlaku...bukan untuk menuding jari pada sesiapa...
andai benar ada pihak yang bertanggungjawab [yang tidak akan mengaku] yang melakukannya,
mengapa dan kenapa ia dilakukan...apakah yang menyebabkan pihak tertentu melakukannya...

pernah tak berapa lama dahulu di satu tempat hendak dirobohkan kandang babi...selang beberapa hari
dikesan kepala babi di gantung pada pagar surau/masjid berhampiran...

isu penggunaan kalimah ALLAH yang mana penggunaannya dibenarkan oleh mahkamah kepada kristian, mendapat bantahan dari umat Islam di Malaysia...TETAPI mahkamah membenarkan rayuan penangguhan penggunaan kalimah tersebut...masih juga umat Islam di Malaysia tidak tenang walaupun bermacam orang berkedudukan memberi tahu, bertenang terhadap isu tersebut...masih ada "cerdik pandai" yang mengambil tindakan sendiri seperti kita sedia maklum...

akibat dari tindakan "mereka yang cerdik pandai" ini menyebabkan keadaan di dalam negara sedikit tergugat...
hingga berlaku kejadian membakar gereja...kerosakan rumah ibadat agama lain dan kini rumah ibadah umat Islam menjadi mangsa kepada "mereka yang cerdik pandai" ini...

siapa yang "cerdik pandai" ini ya ???

mereka ini MUNGKIN hanya berminat untuk melakukan sesuatu perkara yang akan mendapat liputan meluas dalam negara kita Malaysia ini...
mereka ini juga MUNGKIN bertindak kerana mengikut nafsu amarah sedangkan ALLAH telah mengurniakan akal kepada manusia untuk berfikir dan akal itulah yang membezakan antara manusia dan haiwan...
mereka ini juga MUNGKIN di upah oleh pihak tertentu [yang tidak akan mengaku] untuk melakukan perkara ini...

entah...hanya mereka yang "cerdik pandai" ini sahaja yang mempunyai jawapan mengapa mereka melakukannya...

pendapat aku secara peribadi, tak kira apa bangsa anda, apa agama anda, apa parti politik anda, apa kerja anda, semua agama mengamalkan kasih sayang...

walaupun aku berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM...andai anak bangsa aku sendiri yang melakukan perkara "cerdik pandai" tersbut, MEMANG CELAKA LAH ENGKAU !!!

andai yang melakukan perkara "cerdik pandai" ini bukan dari bangsa dan agama ku, HUKUMAN YANG PALING SETIMPAL KEPADA ANDA - DIBUANG NEGARA !!!

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang
Kesopanan dan Kesusilaan

p/s - pernah ada pasangan pelancong didakwa kerana bercumbu di tempat terbuka dan didakwa kerana tidak menghormati rukun negara yang ke-5...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan