poltik atau penyakit...
sekarang ini sibuk tentang PRK N11 minggu depan...
macam-macam isu yang ditimbulkan untuk memenangi hati rakyat ditempat tersebut agar memohak kepada pihak yang terlibat...macam-macam janji dan isu yang diutarakan agar boleh menjadi wakil rakyat...kepada yang bertanding selamat berjuang diucapkan...
saya baru sahaja dapat panggilan dari rakan akrab saya semenjak kecil sebentar tadi...mendengar suaranya, saya memikirkan bahawa dia memerlukan pertolongan...dan kebiasaannya pasal kewangan...maklumlah berada di perantauan yang mana laut cina selatan menjadi pemisah...tetapi jangkaan saya meleset jauh sekali bahawa dia memerlukan bantuan kewangan...
dia meminta saya beli dan pos kan ANTIVIRAL H1N1...ya ALLAH...saya terkejut dan teramatlah risau...nada suaranya ternyata merisaukan saya...dia mengatakan bahawa hospital di salah satu bahagian di negeri bumi kenyalang itu telah pendemik apabila saya menyuruhnya pergi segera mendapatkan rawatan di hospital... dan yang lebih merisaukan saya apabila dia menyatakan bahawa ANTIVIRAL H1N1 itu hanya boleh diperoleh di semenanjung...
saya menyatakan kepada dia yang saya akan berusaha untuk mendapatkan antiviral tersebut secepat mungkin...dia masih belum lagi disahkan positif tetapi lebih elok sekiranya kita mencegah dari berlaku sesuatu yang lebih buruk lagi...benarlah kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati...
benarlah ALLAH itu MAHA BERKUASA...diberikan kita akal fikiran untuk berfikir dan dengan idea yang timbul dari pemberian akal itu lah terciptanya ubat untuk bermacam jenis penyakit...segala penyakit ada ubatnya...itu janji NYA...
mungkin penyakit AIDS kita masih belum menjumpai penawar dari sudut perubatan moden tetapi jika kita kaji semula tentang larangan melakukan sesuatu yang ditegah oleh agama, itulah ubat nya...dan saya percaya mana-mana agama sekalipun menegah penganutnya melakukan hubungan secara rambang...dari situlah bermulanya penyakit AIDS yang sehingga kini manusia masih gagal untuk mencari penawarnya...sehingga ada yang menyatakan bahawa maksud AIDS itu adalah Angkara Iblis Dan Syaitan...
bermacam jenis penyakit kini timbul...dan sejarah juga telah tertulis bahawa berjuta manusia telah mati suatu ketika dulu disebabkan influenza H1N1 ini...dan kini ia muncul semula...mungikut pengetahuan saya, penyakit ini sememangnya wujud TETAPI hanya berjangkit antara babi dan babi SAHAJA...mungkinkah kerana berlaku sesuatu yang di luar normal menyebabkan penyakit yang sepatutnya berjangkit antara babi sahaja telah tersebar dan menjangkiti manusia? fikirkan dari segi logik akal kalian sahaja...
dan saya ingin mengajak kalian berfikir sejenak...adakah jika anda menyokong sebagai contoh parti A, anda tidak akan terkena jangkitan penyakit yang telah dijangkiti oleh parti B ??? mungkin ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit kesihatan...tetapi pada saya sekiranya berlakunya penyakit politik, mungkin tiada ubat yang boleh mengubatinya...penyakit yang sengaja dicari dan dicipta oleh manusia...ada sahaja yang ingin menyembunyikan penawarnya...dan apabila impiamnya tercapai, maka dia akan menyatakan bahawa penawarnya telah tercipta...
Khamis, 20 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)



Tiada ulasan:
Catat Ulasan