Jumaat, 28 Ogos 2009

Rasuah ke ?

Salam sejahtera.

Kes rasuah ini adalah salah satu amalan yang terjadi sejak turun temurun lagi. Sehingga kini amalan rasuah ini masih lagi berlaku tetapi kes rasuah ini adalah bermusim. Dan kerana kes rasuah ini lah, sehingga kini kes-kes rasuah di negara MALAYSIA yang aku cintai ini tidak pernah hilang malah bertambah berleluasa lagi.

Dan kerana kes rasuah ini juga la maka ramai orang di MALAYSIA ini mengamalkan rasuah. samada secara langsung atau tidak. Ahli politik, penjawat awam, polis, kontraktor kecil [yang besar2 lagi la], konduktor bas, pekerja kontrak, dan banyak lagi.

Tak percaya ???

Mari aku beri contoh, kontraktor kecil nak dapatkan projek, jadi kena bida lah projek tersebut. tak kira la projek kecil atau besar pasti si kontraktor kecil tu akan melakukan ape yang terdaya untuk mendapatkan projek tersebut. "Malam ni free tak? Jom kita makan kat kedai depan tu". bukan salah satu jenis rasuah atau suapan ker?

"kalau encik nak cepat, susah sikit, tapi kalau....sebentar ya encik, saya semak data sebentar". secara tersirat ayat yang dinyatakan pada permulaan tadi sebagai aper ya?

"kau ni dah buat salah sekarang, nak buat macam mana sekarang ni? kamu pun tahu guna hand phone ketika memandu adalah salah, tak pakai seat belt pulak tu. jadi macam mana nak cerita sekarang ni?".

"wak, macam biasa 50sen jer", kata penumpang. "tapi kalau kena tahan pandai2 kamu la nak jawab ya sebab tiket aku tak bagi" kata konduktor.

ini antara dialog yang mungkin pernah anda dengar atau mungkin anda sendiri pernah luah. tapi berbalik kepada kes rasuah yang diperkatakan pada awal tadi, apakah kes rasuah tersebut. bermusim pula kes rasuah ini.

"kalau adik puasa penuh, nanti mak bagi duit raya". ini lah kes rasuah yang diperkatakan. sejak dari kecil kita telah diajar mengenai rasuah. kalau puasa penuh dapat duit raya. mungkin lebih mungkin sama nilainya setiap tahun. jadi kalau sejak dari kecil kita telah di didik untuk mengamalkan rasuah, apakah yang akan jadi apabila si kecil tadi telah dewasa? Bukan satu bangsa sahaja kes rasuah ini berlaku, bangsa lain juga ada.

"Boy, tolong mama hias pokok krismas tu, nanti mama belikan boy PS3".

"Siong, u kasi cat ini hall colour merah ha. lepas tu itu limau kasi hantar dekat uncle rama. Ini duit RM100 u beli berus cat saja, itu cat papa sudah beli, ada dalam stor". berapa sangat harga berus cat betul.

barang di ingat bahawa si kecil adalah umpama kain putih yang kita corakkan. apabila sudah tercorak maka sukar lah untuk kita mencanting menjadi corak yang lain.

maka tidak hairan lah setiap hari ada sahaja kes rasuah yang dipaparkan dalam media cetak atau media elektronik. ada yang dijatuhi hukuman tetapi yang paling dikesalkan, tiada kabar berita lagi selepas beberapa ketika dakwaan dibuat. malah yang lebih teruk lagi yang diperhatikan adalah, pihak terlibat seperti berat sebelah menjalankan tugas apabila menyiasat dengan pantas apabila kes melibatkan sesuatu pihak. adilkan ini?

jadi tidak hairan lah negara MALAYSIA yang aku cintai ini masih lagi tersenarai dalam kalangan negara korupsi antara yang tertinggi dalam senarai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan