Jumaat, 1 Julai 2011

BERSIH vs KOTOR

assalamualaikum & salam sejahtera...
topik panas sekarang, perhimpunan haram 9 julai 2011...
ahh persetan kan itu semua...
aku nak setelkan kursus induksi aku dulu kat marang terengganu nih...
nak lulus exam dulu...
nak keringkan cap jari dulu...hehehehe

tapi aku nak menaip [bukan menulis pasal aku pakai laptop] jugak pasal isu perhimpunan bersih ke haper sumer tu...dan the most important is,

INI ADALAH PENDAPAT PERIBADI AKU !!!!

kenapa susah sangat erk...satu puak nak buat benda itu,, tapi satu puak lagi tak setuju....nak bangkang jer...biler puak ini pulak yang nak buat itu, puak ini pulak nak bangkang...ehh apa la BANGANG nyer...ke bengang sebab tak sama pendirian...

bagi aku senang jer, PENTADBIRAN PERLU TELUS DAN MENGIKUT CARA KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD S.A.W.

kenapa nabi digelar amirulmukminin...sebab boleh memimpin umat manusia tanpa mengira puak...tanggungjawab nabi dulu apa??? berdakwah, ajak manusia peluk agama ISLAM...ISLAM itu indah...[aku bukan penyokong parti politik berteraskan agama] kenapa pelbagai masalah dari pelbagai puak dulu dapat diselesaikan ???

sekarang tak boleh ???? bak kata usop, cer try cer try...tak boleh ker ???
TETAPI perlu dipastikan, perbincangan yang dilakukan perlu TELUS, JUJUS dan UNTUK SEMUA PIHAK...adakah ISLAM hanya untuk orang ISLAM ??? salah kah kalau kita beritahu pada orang yang bukan ISLAM akan keindahan ISLAM itu ???

benda tak bawak berbincang lagi, dah kecoh kaw2...abes dikerah mereka yang "SYMP" bertindak...cuba gagalkan perhimpunan...

kalau aku ada kuasa & pengaruh...MUNGKIN aku buat macam nih...

1. War-warkan pasal nak buat perhimpunan besar-besaran..
2. Tunggu apa perkembangan dari pihak lagi satu...
3. Kalau tak boleh adakan perhimpunan, BUAT PERBINCANGAN...
(cabar juga pihak yang tak membenarkan, kalau tak nak buat perbincangan dengan pihak-pihak yang berkenaan bersama, perhimpunan akan diteruskan)

so agak2 oleh ker tak perbincangan tu dijayakan??? pihak satu lagi taknak berbincang ??? ape kes ??? takut ??? tak berbaloi ??? akan terbit sejuta macam alasan...tapi kenapa tak mahu berbincang...terus bertindak untuk menggagalkan perhimpunan...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

orang yang ada kuasa akan tetap berkuasa kan...so ader aku kesah ???

tapi macam aku bagitau kat atas tadi, KENAPA KITA TAK BOLEH MELAKUKAN PERBINCANGAN ??? IKUT CARA NABI MUHAMMAD S.A.W pada zaman baginda dahulu...

dan satu lagi, ape ke hey [hal] nyer nak buat perhimpunan apaer sumer tuh ??? nak tunjuk saper lagi ramai penyokong ??? pastu siap ader pulak perhimpunan balas...

last soalan aku nak tanyer untuk entry kali nih...

BANGSA MANA YANG RAMAI NAK BERHIMPUN ???
BERAPA KUMPULAN YANG NAK BERHIMPUN ???
MAJORITI BANGSA MANA DALAM KUMPULAN-KUMPULAN TU ???
BANGSA LAIN BUAT APER ???

yang penting, aku tak ambil peduli...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan